Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional

Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional
Editions:Paperback (Malay) - Cetakan Pertama: RM 25.00 MYR
ISBN: 9789671681008
Size: 13.97 x 21.59 cm
Pages: 163

Hishamuddin Rais mungkin kelihatan seperti 'kasar' dan tidak lunak dari sudut gaya bahasanya yang tajam menusuk serta 'tidak sensitif' apabila menggunakan beberapa perkataan yang 'terlarang' dalam penulisan buku beliau ini. Akan tetapi beliau jujur dan berterus-terang menyatakan buah fikiran serta perasaannya tanpa berselindung. Seperti kata beliau dalam buku ini—persoalan nasional perlu dihadapi seperti seorang matador yang memegang tanduk sang seladang jantan secara berhadapan.

Persoalan nasional dalam sebuah negara yang rencam bangsa, budaya, agama dan bahasa rumit untuk diselesaikan. Ianya menuntut kesabaran yang tinggi, tolak-ansur yang besar, jiwa yang lapang serta fikiran yang jernih dan tenang untuk merungkaikannya. Barangkali mungkin ini yang diperlukan untuk memulakan wacana persoalan nasional, suatu persoalan yang sudah lama kita tinggalkan. Kali terakhir perbahasan tentang persoalan nasional diangkat sebagai wacana besar di peringkat kebangsaan ialah di dalam Debat Kebudayaan antara Syed Naguib al-Attas dan Lim Kit Siang pada November 1968. Malangnya kurang daripada enam bulan selepas itu terjadi rusuhan antara kaum 13 Mei 1969.

Sejak daripada itu wacana persoalan nasional diketepikan dari perbincangan arus perdana. Ideologi 'pembangunanisme' menjadi wacana dominan negara. Usaha-usaha untuk meramaikan lagi usahawan dan kelas menengah bumiputera khususnya, menjadi tumpuan utama. Persoalan nasional ditinggalkan dan hanya sekali-sekala sahaja ianya dibangkitkan oleh kelompok-kelompok kecil khususnya dari kaum budayawan dan sasterawan.

HISHAMUDDIN RAIS (b. 1951 – ) merupakan seorang aktivis politik dan sosial yang aktif berkarya menerusi filem, teater dan penulisan buku. Beliau juga pernah beberapa kali meringkuk dalam penjara semenjak zaman mahasiswa di Universiti Malaya tahun-tahun 1970-an sehinggalah ke era Reformasi 1998.

Published:
Imprint: Soeloeh Merdeka
Editors:
Cover Artists:
Genres:
Tags:
Reviews:Abdul Rahman Embong, Profesor Emeritus, Universiti Kebangsaan Malaysia wrote:

Karya ini memang 'provokatif' dari segi politik dan juga pemikiran kerana ia cuba menjolok minda kita supaya berfikir lebih mendalam mengenai suatu persoalan kunci tanah air yang dari segi politik dan sosial belum berjaya diselesaikan secara tuntas walaupun negara kita sudah lebih enam dasawarsa merdeka. Karya ini juga mengundang 'polemik' bukan semata-mata kerana temanya, tetapi juga gaya tulisan dan ajuan persoalannya yang bersifat berbahas, mencabar, disulami sana sini dengan nada yang bersifat terjah dan panas. Buku ini 'menarik' kerana ia bukan sahaja melontarkan persoalan ilmu yang bersifat teori dan epistemologi tetapi juga bersifat historis dan empiris. Perkara teori yang membimbing pemikiran mengenai persoalan nasional harus dijelmakan untuk membimbing praktis yang menyentuh agenda perjuangan antikolonial untuk kemerdekaan, agenda perjuangan bangsa serta pembangunan negara baharu yang merdeka, berdaulat dan bersatu