Ulasan Buku: Surah-Surah Terlarang dan Isham Rais Yang Berbogel

Ulasan Buku: Surah-Surah Terlarang dan Isham Rais Yang Berbogel

Perjalanan Hishamuddin Rais semakin jauh, berliku dan berbelit, sehingga akhirnya menjurus kembali ke hulu sungai kehidupan.

Dia tidak bertemu apa-apa pun di Manchester!

Isham, sosok manusia yang tidak mau merasa tua mungkin adalah orang asli pertama dari suku Biduanda, yang masih berkayuh melawan arus.

Orang Jelebu memang tegar—sebab datang dari daerah yang paling kurang merasa hujan di Semenanjung Tanah Melayu.

Buku beliau—Surah-Surah Terlarang, merupakan satu kompilasi penulisan di merata-rata medan media yang sanggup menerima—adalah menarik sekali—dan agak panas pertama kali membaca.

Ini bukan skrip filem jalanan—malah lebih merupakan penulis kembali bertanya tentang keMelayuan dirinya sendiri.

Ternyata sekali suhu bacaan bukanlah mirip ruang tamu atau kamar tidur.

Perubahan politik yang mendadak dan tidak tersangka telah membuka ruang fikrah yang lebih luas buat masyarakat Malaysia bertanya persoalan-persoalan asas sebagai warga di dalam sistem kenegaraan.

Ibarat sejuta umat berbicara serentak didepan cermin menanyakan erti kehidupan sebagai warga negara-bangsa. Berulang-ulang bertanya dengan harapan beroleh jawapan yang agak munasabah dan sesuai.

Isham pasti pun begitu—berdebat di depan cermin—bertanya diri sendiri, dan sebagai sebagai aktivis sosial, membawa perbahasan jiwa dalaman kepada ruang yang lebih luas, iaitu ke seluruh masyarakat, melalui buku dan lantang suara.

Syabas, kerana berani berkongsi isu yang agak kontroversi bersama semua warga awam.

Akar pemikiran terkini beliau adalah berasaskan polemik: diantara Kita dan Mereka—between Us and Them (between Self and the Other).

Ini adalah satu dialektik yang mirip aliran Marxisme yang Isham dan ramai rakan-rakan sezaman ‘menganut’, sekiranya golongan ini ingin menganalisiskan sesuatu masalah.

Tetapi saya rasa Isham lebih mirip mahu bertanya:

Aku ini Siapa?
Apa dan Kenapa, yang telah dan akan aku buat?
Untuk Siapa aku sibuk sibuk ini?

Surah-Surah Terlarang yang dikumpulkan di bawah tema Persoalan Nasional, adalah merupakan Isham Rais yang bertelanjang bogel, melepaskan berahi, dan mengupas politik identiti diri sendiri.

Kita berdoa supaya pancutan berahi beliau mencapai kepuasan mutlak, dan abadi sekali.

Kredit: Jaafar Ismail, Facebook (5 April).

About the author

Pretium lorem primis senectus habitasse lectus donec ultricies tortor adipiscing fusce morbi volutpat pellentesque consectetur risus molestie curae malesuada. Dignissim lacus convallis massa mauris enim mattis magnis senectus montes mollis phasellus.

Leave a Comment