Shhh…. Diam!: Ideologi dan Kewartawanan dalam Empat Esei

Wan Hamidi Hamid

ISBN: 9786299401421
Published: 29 Mei 2026
Copyright: 2026
Pages: xviii + 118

Download Frontcover
Download Backcover
Look Inside

RM28.00

Shhh…. Diam!: Ideologi dan Kewartawanan dalam Empat Esei merupakan kompilasi tulisan Wan Hamidi, berbentuk semi-memoir, yang membincangkan pelbagai topik kegemaran beliau—politik, ideologi dan seni. Selain menjadi judul buku, Shhh…. Diam! juga merupakan nama sebuah band alternatif berjiwa punk, dengan sedikit olahan huruf. Namun, buku ini bukanlah tentang band tersebut, walaupun kisahnya turut termuat. Seperti mana band ini menggunakan nama yang ironis untuk membuktikan ia tidak duduk diam bagi menyuarakan ideologinya secara terbuka, esei-esei dalam buku ini juga mengambil sikap yang hampir sama walaupun tidak terlalu lantang. Keempat-empat esei dalam buku ini mengisahkan hal-hal di sebalik tabir kewartawanan serta sudut pandang seorang mantan wartawan terhadap isu-isu berteraskan ideologi di sekelilingnya.

Prakata
Prolog

1. Mencari Sosialisme
2. Untung PAS, Bulan Berkibar
3. Muzik untuk Menari dan Melawan
4. Luka dan Parut Kebebasan Media

Epilog
Penghargaan
Rujukan

Dimensions18.1 × 11.2 cm
Author(s)

Format

Paperback

Imprint

Language

Malay

Year of Publication

2026