Petunjuk merupakan terjemahan daripada Tarh kuli Andisha Islami Dar Quran karya Sayyed Ali Khamenei, yang disesuaikan dan diterjemah daripada versi Inggeris dan Indonesia. Menerusi karya ini, Sayyid Ali Khamenei telah membingkaikan al-Quran bukan sebagai teks kudus semata-mata, bahkan sebagai sebuah manifesto yang revolusioner dalam dunia moden hari ini. Dengan mensintesiskan konsep keimanan, ketauhidan, kenabian dan wewenang; Khamenei merungkai suatu ‘pola’ yang diwahyukan untuk membebaskan manusia daripada perhambaan kepada tuhan-tuhan palsu dan membina sebuah masyarakat yang adil lagi saksama.
Dengan bergerak keluar daripada dogma teologi yang abstrak, pesan-pesan dalam Petunjuk mencabar pembaca untuk mengembalikan agama sebagai suatu sistem yang hidup dan dinamik, yang menggugah kepada perubahan sosial dan kerohanian, lantas seterusnya menjambatani pembaca dengan asas keintelektualan sebuah keimanan.

