Masharakat Chantek: Enigma Penyisihan OKU
Paperback
- Price
- RM45.00
- ISBN
- 9789672640523
- Published
- 15 February 2023
- Copyright
- 2023
- Pages
- xxi + 290
- Size
- 21.59 x 13.97 cm
- Imprint
- Soeloeh Merdeka
- Language
- Malay
Overview
Masharakat Chantek: Enigma Penyisihan OKU membicarakan perihal kehidupan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dengan mengumpulkan sekelumit kecil beban penyisihan sosial yang sentiasa dilalui sepanjang perjalanan kehidupan. OKU sudah lama dijadikan objek inspirasi (inspirational porn) ketika mereka bertarung sendirian dengan ‘tangan’ dan ‘kaki’ terikat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Naskhah ini membawakan persoalan demi persoalan, daripada sang penulis yang juga merupakan seorang OKU. Mengapakah OKU dicitrakan dalam perihal ‘tidak cantik’? Adakah kekurangupayaan telah menghilangkan sifat cantik seorang manusia? Sudahkah yang ‘cantik’ dapat menghindari segala kekurangan?
Selalunya OKU dianggap sebagai sumber inspirasi hanya karena mereka sedang berjuang untuk bertahan hidup meski dengan kekurangupayaan. Namun, pandangan ini mengabaikan realiti kelemahan sosial yang mereka alami tatkala masyarakat pula seringkali gagal mendukung mereka. Masyarakat mendabik bahawa mereka sangat menyantuni OKU. Mereka sudah menyediakan imaginasi ‘istimewa’, ‘khas’, ‘penuh inspirasi’. OKU yang tidak berupaya hanyalah mereka yang malas berusaha. ‘Masyarakat cantik’ hanya menanggapi OKU dalam imej-imej kekurangupayaan dan mengabaikan ketidakupayaan sosial yang dialami oleh mereka. Kehadiran buku ini sedang menzahirkan fikiran-fikiran yang melangkaui zamannya. Penulis sedang merebut kembali wacana kekurangupayaan dan ketidakupayaan yang selama ini menjadi milik hegemoni ‘masyarakat cantik’.
Naratif semasa mengenai OKU sedang diperdebatkan kembali dalam laras-laras popular dengan disertai perspektif mendalam penelitian akademik. Buku kecil ini menggarap segala permasalahan selingkar OKU dengan bersahaja. Semua persoalan-persoalan rumit ini akan cuba ditelanjangi secara jelas dan tanpa disembunyikan lagi. Hal demikian kerana ada beberapa sisi yang masih tersembunyi daripada pemahaman khalayak awam mengenainya. Kehadiran buku kecil ini cuba memberikan suatu pemetaan baharu kepada kefahaman sedia ada berkaitan OKU. Analisisnya masih boleh diperdebatkan secara ilmiah. Semoga para pembaca yang budiman berhenti sejenak dan merenung sedalam-dalamnya setiap pandangan yang dilontarkan oleh penulis.
Contents
Pengenalan
Kata Pengantar
BAHAGIAN I – DILEMA KEHIDUPAN SOSIAL
1. Masyarakat Cantik?
2. Penyisihan Sosial
3. Bahasa dan Peminggiran
4. Istilah Itu Kekuasaan
5. Si Buta, Tongkat dan Pelita
6. Si Buta Mengemis?
7. Wujudkah Sindiket Pengemis?
8. Kemunafikan Masyarakat?
9. Keramahan Kuala Lumpur
BAHAGIAN II – ANTARA CABARAN DAN SOKONGAN
10. Sistem Sosial Ketidakupayaan
11. Model Sosial Alam Pengetahuan
12. Sedekah dan Perubahan
13. Menara Gading dan Sang Pendeta
14. Budaya Kerja JKM
15. Di Sebalik Tabir PDK
16. Sanubari Ayah dan Anak
17. Kebolehupayaan Sara Diri
BAHAGIAN III – OKU DALAM TRADISI ISLAM
18. Karamah Insaniyyah
19. OKU dalam Sirah Kenabian
20. Agamawan Pewaris Risalah Kenabian?
21. Hudud dan Fiqh Ketidakupayaan
22. Fungsi Kemanusian Agama
23. Teologi Ketidakupayaan
24. Menjengah Urutan Sejarah
BAHAGIAN IV – DARIPADA IDEALISME KE AKSI
25. Melangkah ke Demonstrasi Jalanan
26. Dilema NGO OKU
27. Merentas Gerakan Massa
28. Daripada Parti kepada Solidariti
29. Memasarkan Imaginasi Ketidakupayaan
30. OKU Menulis?
31. Daripada Gelap kepada Terang
Epilog – Enigma Tubuh Mendunia yang Terabaikan
Glosari
Bibliografi
Author(s)
Mohd Rosli Ibrahim lahir pada 22 April 1973 di Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ibrahim I, Pasir Mas (1980-1981) sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bharu (1980-1986) setelah disahkan oleh JKM sebagai OKU penglihatan. Kemudian, beliau melanjutkan pendidikan menengah di St. John’s Institution, Kuala Lumpur (1987-1991)—dalam program kelas percantuman. Beliau aktif menulis di media sosial dan merupakan antara penggerak kesedaran isu-isu OKU dalam masyarakat di Malaysia. Beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Mobilisasi bagi menggerakkan OKU Bangkit 2012. Beliau turut terlibat dalam bengkel-bengkel Disability Equality Traning (DET) di universiti dan jabatan kerajaan, serta Audit Akses di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Selain menulis, beliau turut aktif menyampaikan kuliah seputar isu-isu OKU dan falsafah, serta membentangkan makalah dan kertas kerja dalam seminar-seminar falsafah, seni dan budaya di Malaysia. Beliau telah menerbitkan dua buah buku iaitu O.K.U. Bangkit (2014) dan Gelap Mata: Percikan Renungan Seorang OKU Penglihatan (2015). Fokus penulisan beliau meliputi persoalan agama, falsafah dan dunia wacana perbukuan. Tumpuan penulisan beliau berkaitan OKU dalam perspektif Islam dan kebudayaan Melayu.
Praise
Menatap buku karya Rosli ini amat menggugah. Ia meninggalkan kesan berpanjangan. Muatan buku ini sebetulnya sangat melongokan. Tulisan Rosli disulami ayat puitis dan fakta menggigit mendorong kita terus-terusan membaca tanpa sedar ke halaman akhir. — Faisal Tehrani, penulis





