Skip to content

Overview

Amin Sweeney: Mandala Tradisi Lisan Melayu ialah sebuah festschrift untuk seorang sarjana besar Alam Melayu, yang diputera di negeri Orang Putih, dan kemudiannya “masuk Melayu”. Amin Sweeney menyorot Alam Melayu dari tiga sudut secara bertahap: pertama dari luar, awalnya sebagai orang asing berasal dari Ireland; kedua dari dalam sewaktu berasimilasi melalui perkahwinan dengan warga-warga Alam Melayu dan bermastautin selama berdekad di Malaysia dan Indonesia; ketiga serentak dari dalam dan luar membina kefahaman emic dan etic sebagai seorang pengkaji dan sarjana, participant observer, mengenai tradisi lisan, bahasa dan budaya Alam Melayu, yang terhimpun bertimbun semasa di University of California, Berkeley.

Amin Sweeney melihat Alam Melayu sebagai ruang budaya yang dinamik, senantiasa berinteraksi dengan budaya luar dan berubah-ubah. Tradisi lisan Alam Melayu, seperti pantun, hikayat dan cerita penglipur lara bukan warisan beku dan kaku tetapi sistem pemikiran yang hidup terbentuk melalui interaksi global melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan yang membawakan pertukaran budaya, perdagangan dan pertembungan idea.

Contents

  • Prakata
  • Pengenalan
  • 1. Wasiat P. L. Amin Sweeney
  • – Sastri Sunarti
  • 2. Tradisi Keberaksaraan dan Apresiasi Manuskrip sebagai Pustaka Dunia
  • – Mu’jizah
  • 3. Mencari ‘Common Ground’ bersama Amin, Marhum Taman Bunga: Representasi Diri dalam Catatan Harian Riau
  • – Jan van der Putten
  • 4. Menelusuri Kosa Kata Sosio-Budaya dalam Kamus Thomas Bowrey (1701)
  • – Nor Azizah Othman
  • 5. Membangun Suatu Praktik Politik dan Kritikan Sosial Lewat Pembacaan Munsyi Abdullah
  • – Teo Lee Ken
  • 6. Mendengar Keriuhan Masa Lampau: Kedinamikan Teks dalam Konteks Komunikasi Sast(e)Ra Lisan
  • – Yoseph Yapi Taum
  • 7. Kelisanan dan Keberaksaraan dalam Disiplin Ilmu Sejarah: Dua Kutub, Satu Tujuan
  • – Eko Prayitno Joko
  • 8. Manikam Kembali ke dalam Cembulnya: Mengunjungi Beberapa Fikiran Amin Sweeney mengenai Tradisi Lisan, Kearifan Tempatan dan Kepengarangan
  • – Fairuzzaman Shaharuddin
  • 9. Setting the Story Straight: Amin Sweeney, Malay Culture, and the Malay World
  • – James T. Collins
  • 10. Obituary: A Letter to Amin Sweeney
  • – Will Derks
  • Penghargaan
  • Bibliografi

Details

Imprint
INTISARI
Language
English, Malay
Format
Paperback
Pages
xxxvi + 252
Size
15.24 x 22.86 cm
ISBN
9786299401414
Published
29 May 2026
Copyright
2026
Price
RM65.00

Praise

He was a rabble-rouser who was always looking for boundaries so that he could cross them, setting a possible precedent for others to follow. — Jan van der Putten

…kecintaan yang luar biasa terhadap bahasa Indonesia serta keluasan pengetahuan… jelas memberi pengaruh yang tidak kecil. — Eko Endarmoko

…the inimitable pur sang Malayist Amin Sweeney, who truly was one of a kind. — E. P. Wieringa

Since Amin Sweeney’s publications on the close readings and full hearings… Malayists have become more aware than ever before of the interconnections of print, handwriting, and orality—and of their mutual interventions and interactions. — Hendrik M. Maier

Accessibility