How to Read a Book: Seni Membaca Buku
Paperback
- Price
- RM35.00
- ISBN
- 9786299951872
- Published
- 31 May 2025
- Copyright
- 2025
- Pages
- xvi + 216
- Size
- 13 x 19 cm
- Imprint
- Cerekayasa
- Language
- Malay
Overview
Selama beberapa dekad, How to Read a Book: Seni Membaca Buku telah membawa perubahan yang cukup penting terhadap cara pembaca menelaah bahan bacaan mereka. Penulis telah memperkenalkan suatu sistem yang tersusun untuk membangun dan memperkasa kemahiran membaca—daripada tabiat membaca secara pasif kepada pendekatan membaca yang lebih aktif, menerusi penguasaan empat tahap membaca: asas, penelitian, analitis dan perbandingan.
Karya klasik ini sudah terjual lebih daripada 2 juta naskhah dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seluruh dunia. Istimewanya, edisi Bahasa Melayu ini memberikan pembaca kepuasan untuk memahaminya dengan lebih mendalam, sekaligus menjadi panduan penting buat sesiapa yang ingin meningkatkan keupayaan pembacaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Contents
Prakata
Bahagian 1 – Kepentingan Membaca
1. Aktiviti Membaca
2. Tahap-tahap Pembacaan
3. Tahap Pertama Pembacaan: Asas
4. Tahap Kedua Pembacaan: Penelitian
5. Menjadi Pembaca yang Baik
Bahagian 2 – Tahap Ketiga Pembacaan: Analitis
6. Mengklasifikasikan Buku
7. Struktur Sebuah Buku
8. Memahami Istilah yang Digunakan Penulis
9. Menentukan Mesej Penulis
10. Mengkritik Buku Secara Adil
11. Menyokong atau Membantah Penulis
12. Bahan Bantu Pembacaan
Bahagian 3 – Pelbagai Jenis Bahan Bacaan
13. Kaedah Membaca Buku Praktikal
Bahagian 4 – Tujuan Membaca
14. Tahap Keempat Pembacaan: Perbandingan
15. Pembacaan dan Pertumbuhan Akal Fikiran
Glosari
Author(s)
Charles Van Doren (1926–2019) ialah seorang sarjana, penulis, dan editor dari Amerika Syarikat yang dikagumi kerana kedalaman pemikiran intelektual beliau serta gaya komunikasi dan penyampaian beliau yang cukup memikat perhatian ramai. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga kesusasteraan dan intelektual yang terkenal di Amerika. Bapa beliau ialah Mark Van Doren, seorang penyair yang pernah memenangi Hadiah Pulitzer, yang merupakan antara anugerah sastera yang terkemuka dan berpengaruh di Amerika Syarikat. Charles Van Doren memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) dari Universiti Columbia, dan turut mengajar bahasa Inggeris di universiti tersebut.
Beliau mula dikenali di pentas kebangsaan Amerika Syarikat pada tahun 1950-an menerusi penampilannya beliau dalam rancangan kuiz televisyen, Twenty-One. Beliau mengembangkan usaha ilmiah beliau dalam bidang akademik dengan menjadi editor untuk Encyclopedia Britannica. Di situ beliau telah bekerjasama rapat dengan Mortimer J. Adler. Beliau juga turut menghasilkan pelbagai penulisan dan buku dalam pelbagai bidang di sepanjang kerjayanya sebagai ahli akademik. Kerjasama beliau dengan Adler dalam penulisan buku klasik yang cukup penting, iaitu How to Read a Book kekal sebagai rujukan berpengaruh dalam pendidikan literasi dan kemahiran membaca yang bersifat praktikal.
Mortimer J. Adler (1902–2001) ialah seorang ahli falsafah, sarjana di bidang pendidikan, dan penulis yang aktif serta prolifik dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan tokoh pendidikan yang mendukung teguh sistem pendidikan berasaskan sastera liberal, iaitu pendidikan yang menumpukan kepada usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan am, mengembangkan keupayaan intelektual dan menajamkan kemahiran pemikiran kritis di kalangan para pelajar di Amerika Syarikat. Beliau juga adalah pelopor dan penyokong tegar kepada ‘Great Books Tradition’, iaitu suatu gerakan pendidikan yang mengajukan kepada keperluan untuk membaca dan mengkaji karya-karya agung yang berpengaruh, yang merupakan karya penting yang menjadi asas kepada bidang-bidang seperti falsafah, sastera, sains, politik dan sejarah. Beliau telah mendedikasikan hampir keseluruhan hidup beliau untuk memperluas kefahaman masyarakat terhadap idea-idea falsafah yang mendalam.
Beliau pernah menjadi profesor di Universiti Columbia dan Universiti Chicago di Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan antara pengasas utama yang menubuhkan Institute for Philosophical Research, dan kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Editor Encyclopedia Britannica, di mana beliau memimpin projek ‘Syntopicon’, yang menjadikan ensiklopedia sebagai sebuah bahan bacaan yang inovatif. Sepanjang kerjayanya, Mortimer Adler telah menulis atau menulis secara bersama dengan beberapa tokoh lain untuk menghasilkan lebih daripada lima puluh buah buku, termasuklah karya penting beliau, How to Read a Book atau Seni Membaca Buku. Pemikiran dan penulisan beliau sentiasa menekankan kepada peri pentingnya pemikiran kritis dan pembelajaran sepanjang hayat.
Ruhan Shahrir (translator)
Praise
“…karya Adler dan Van Doren ini memanglah sesuai digunakan sebagai buku petunjuk tentang ketrampilan membaca. Buku ini menggariskan pelbagai peringkat atau langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seorang pembaca yang efisien. Istilah ‘pembaca efisien’ digunakan di sini dalam ertikata seseorang yang dapat memahami dan memanfaatkan segala sesuatu yang dikemukakan oleh si penulis buku yang sedang dibacanya. Dengan kata-kata lain, buku ini dapat kita jadikan sumber untuk mempelajari teknik pembacaan.” — Anwar Ibrahim, Bagaimana Membaca Buku (DBP, 1989)




