Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa
Paperback
- Price
- RM50.00
- ISBN
- 9789672640516
- Published
- 1 January 2022
- Copyright
- 2022
- Pages
- xxii + 354
- Size
- 15.24 x 22.86 cm
- Imprint
- INTISARI
- Language
- Malay
Overview
Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa adalah sebuah teks klasik moden yang berada pada suatu tempat istimewa dan tersendiri dalam kajian teks-teks Melayu abad ke-19. Sementara kebanyakan kajian-kajian lain menumpukan kepada tema-tema historiografi, Hendrik Maier melangkah setapak ke hadapan dengan membaca Hikayat Merong Mahawangsa, sebuah karya tradisional yang mengungkapkan sejarah Kedah, sebuah negeri kecil di utara Malaysia, menggunakan pendekatan Barthian. Pendekatan ini mempercayai bahawa sebuah karya itu adalah cebisan-cebisan tisu daripada teks-teks yang lain. Justeru sesebuah karya sebetulnya adalah bayang-bayang intertekstual daripada karya-karya lain yang dimanfaatkan. Budaya kesusasteraan Melayu (dan budaya kesusasteraan lain juga) dikenali dengan amalan-amalan budaya intertekstual dalam penghasilan teks-teks tradisional mereka. Hal ini, dihujahkan oleh Maier, berlaku kerana budaya lisan-dengar yang mencirikan kesusasteraan Melayu dan pengarang bergantung kepadanya untuk proses “pembinaan dan pemaknaan”.
Maier bukan sekadar membaca teks semata-mata tetapi beliau turut menelusuri sejarah Hikayat Merong Mahawangsa dengan menampilkan konteks sosial dan politik serta pergelutan pemikiran yang ditempuh oleh bangsa Melayu ketika dua kekuatan luar yang diwakili oleh Islam dan Barat menerobos masuk dengan lebih gencar ke alam Melayu tatkala teks warisan tradisi itu ditemui. Pergelutan pemikiran Melayu tradisional yang berhadapan dengan dua idea asing yang besar dan berpengaruh serta bagaimana elit bangsawan Melayu berunding dengan kedua-dua tenaga dan pemikiran ini menjadi latar dan juga intisari yang cukup penting dalam analisis Maier terhadap teks kesusasteraan Istana.
Contents
Penghargaan
Pengenalan
1. Wibawa
2. Low — Realiti
3. Winstedt — Kosa Kata
4. Tradisi
5. Retak
6. Cetak
7. Teks
8. Samar
Bibliografi
Indeks
Author(s)
Hendrik M. J. Maier received traditional training in philology and textual criticism of the languages of Indonesia at the University of Leiden, the Netherlands, where he held the chair of Malay and Indonesian Language and Literature before moving to UC Riverside in 2003. His major interests are the languages and literatures of Indonesia and Malaysia, which he now tries to understand within wider networks, in particular the socio-political and cultural interactions within the Southeast Asian region. He has published widely on Malay writing/literature and history; and combines his scholarly pursuits with translating modern and older Malay texts.
Ahmad Tajuddin (translator)
Ahmad Tajuddin merupakan pendiri bersama Kawah Buku. Dilahirkan di Terengganu, beliau memperoleh pendidikan awal di negeri Pantai Timur itu sebelum melanjutkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2009. Beliau telah terlibat dalam beberapa projek terjemahan karya berbahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu bermula tahun 2019.
Ruhan Shahrir (translator)
Praise
Kajian perintis pembuka jalan ini bukan hanya sekadar meneroka teks sejarah peribumi Melayu semata-mata. Sementelahan ia merupakan suatu contoh elok bagaimana pelbagai Sumber-sumber utama yang rencam digunakan untuk menelusuri dan menjejaki kembali jalan-jalan serta simpang-siur pemikiran manusia tatkala mereka membina masa silam mereka. Apa yang dilakukan oleh Amin Sweeney untuk kita menghargai sastera lisan Melayu, begitulah jua yang dilakukan oleh Hendrik Maier dalam kajian beliau tentang teks Melayu abad ke-19. la adalah sebuah karya penting yang sangat diperlukan untuk kita menghargai selirat kerumitan dalam kajian Melayu dan kekayaan serta kehalusan dalam daya cipta Melayu yang melahirkannya. — Virginia Matheson Hooker, Profesor Emeritus, Australian National University
※
Ini adalah sebuah karya yang membuka mata. la meneroka hingga ke jantung tentang bagaimana budaya kesusasteraan itu secara alami diperkongsi bersama, dan bagaimana pengarang-pengarangnya menyerap budaya tersebut, dan di kala waktu mengarang sama ada sedar atau tidak mengutip petikan-petikan daripada kearifan lisan atau teks penulisan untuk menenun kisahnya. — Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara
※
Suatu kajian klasik ke atas Hikayat Merong Mahawangsa, sebuah karya agung dalam sejarah alam Melayu. Hendrik Maier, seorang sarjana sastera perbandingan yang mahir dan serba boleh, telah menyingkap perubahan kedudukan dan kepentingan Hikayat, baik kepada mereka yang berasal dari alam Melayu mahu pun mereka yang berasal dari luar, baik kepada mereka yang mengagumi mahu pun mereka yang membenci segala-galanya tentang Melayu. Beliau seterusnya menunjukkan bagaimana cara bacaan yang dilakukan oleh para orientalis terhadap karya agung tersebut telah mengubah warisan tradisi lisan Melayu yang dahulunya organik dan dinamik, menjadi sebuah karya teks bertulis yang kaku dan beku. Ternyata, projek penyahjajahan masih jauh daripada selesai. Dengan membongkar semula fragmen-fragmen tinggalan penjajah yang masih menghantui kita sehingga ke hari ini, Maier telah menyediakan kepada kita cara-cara baharu untuk membaca dan mengulang baca warisan tradisi-tradisi Melayu. Suatu analisis yang cukup tajam tentang penjajahan budaya dan pada masa yang sama turut menawarkan kepada kita harapan akan kemungkinan-kemungkinan perlawanan terhadap penjajahan tersebut. Sesungguhnya buku ini adalah sebuah karya besar yang cukup berpengaruh! — Khairudin Aljunied, Profesor Madya, National University of Singapore
※
Sebuah kajian sastera tradisional Melayu yang paling menarik pernah dihasilkan sejak beberapa dekad, dengan kesan teoritisnya yang menjangkau luas. Menyelidiki seputar sebuah teks pra-moden Melayu—dengan menekuni bagaimana teks tersebut telah dibaca dari semasa ke semasa oleh para sarjana-pentadbir British dan cendekiawan Malaysia moden—Maier menghujahkan bahawa pendidikan kolonial telah membawa keretakan kepada masa silam Melayu dan justeru memperlemahkan wibawa warisan tradisi mereka sendiri. Dengan mengajukan “tekstualisme kuat” dan “kaedah intertekstual”—dan meneroka “keanehan” yang terkandung di dalamnya—Maier mengusulkan bahawa teks-teks seperti itu dapat membantu dalam melahirkan suatu rumpun ilmu pengetahuan baharu yang mandiri dan tidak terlalu bergantung kepada Barat. — Anthony Milner, Australian National University, dan pengarang buku The Malays (2008, 2011, 2019)





