Pelindung: Amalan Taat Setia Masyarakat Melayu
Paperback
- Price
- RM55.00
- ISBN
- 9789672640585
- Published
- 1 June 2024
- Copyright
- 2024
- Pages
- xx + 220
- Size
- 15.24 x 22.86 cm
- Imprint
- INTISARI
- Language
- Malay
Overview
Pelindung: Amalan Taat Setia Masyarakat Melayu adalah sebuah karya klasik moden hasil nukilan Chandra Muzaffar. Menerusi karya ini, beliau telah meracik halus idea “pelindung” yang tampil di sepanjang zaman tradisional dan kontemporari masyarakat Melayu. Menganalisis dua lapisan dimensi “pelindung” yang merangkumi peranan simbolik dan substantif, Chandra telah meneliti pelbagai bentuk kuasa yang dimiliki oleh Raja-raja Melayu dan kelas pentadbir-bangsawan yang menggantikan mereka di zaman pasca-kemerdekaan. Turut ditekuni beliau ialah kesan politik dan ekonomi terhadap masyarakat Malaysia yang lebih luas hasil daripada kemunculan idea “pelindung” tersebut. Pertama kalinya diterbitkan pada tahun 1979, Pelindung yang terbina daripada penulisan-penulisan Syed Hussein Alatas yang terdahulu, kekal menjadi bahan wajib-baca yang penting sehingga ke hari ini.
Contents
- Nota Penyunting
Prakata (Edisi Baharu)
Prakata (Edisi Terjemahan, 1992)
Prakata (Edisi Bahasa Inggeris)
1. Ketaatsetiaan di Zaman Melaka
2. Zaman Melaka: Reaksi terhadap Ketaatsetiaan
3. Ketaatsetiaan: Dari Zaman Kolonialisme sehingga Merdeka
4. Ketaatsetiaan: Zaman Selepas Merdeka
5. Ketaatsetiaan: Kesan-Kesan dan Renungan
Epilog I: Ketaatsetiaan dalam Dasawarsa 1980-an
Epilog II: Ketaatsetiaan pasca PRU ke-14
Bibliografi
Indeks
Author(s)
Chandra Muzaffar ialah Presiden International Movement for a Just World (JUST), sebuah pertubuhan advokasi yang memperjuangkan keadilan global. Sebelum mengasaskan JUST, beliau telah mengasaskan gabungan reformasi pelbagai etnik, Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), yang berfungsi untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu seputar hubungan etnik di Malaysia. Sebagai seorang ahli sains sosial, karya-karya beliau banyak tertumpu kepada isu dialog peradaban dan persimpangan antara agama dan hak asasi manusia. Dalam usaha mencapai matlamat inilah beliau berkhidmat selaku pengarah pertama Pusat Dialog Peradaban (Centre for Civilisational Dialogue) di Universiti Malaya. Beliau juga berkhidmat sebagai profesor Pengajian Global di Universiti Sains Malaysia. Beliau juga merupakan penerima Harry J. Benda Prize yang meraikan sarjana terkemuka di Asia Tenggara daripada Association of Asian Studies, North America.
Ahmad Tajuddin (translator)
Ahmad Tajuddin merupakan pendiri bersama Kawah Buku. Dilahirkan di Terengganu, beliau memperoleh pendidikan awal di negeri Pantai Timur itu sebelum melanjutkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2009. Beliau telah terlibat dalam beberapa projek terjemahan karya berbahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu bermula tahun 2019.
Ismail Hashim (translator)
R. Elangovan (translator)





