Paperback
- Price
- RM25.00
- ISBN
- 9786299401476
- Published
- 30 May 2026
- Copyright
- 2026
- Pages
- xiv + 98
- Size
- 11.2 x 18.1 cm
- Imprint
- Cerekayasa
- Language
- Malay
Overview
Manusia Memburu Manusia merupakan Jilid 3 daripada Siri Sejarah Kolonialisme, sebuah pendedahan sejarah yang amat menyayat hati mengenai mekanisasi penderitaan manusia yang menjadi tunjang utama kepada kemakmuran ekonomi Barat antara abad ke-16 hingga ke-19. Portugis merupakan kuasa Eropah pertama yang mempelopori penjelajahan laut dan memulakan perdagangan hamba dalam era kolonialisme. Namun, dalam masa yang singkat, kuasa-kuasa Eropah yang lain turut sama menyertai aktiviti pemerdagangan manusia ini kerana ia dilihat sebagai suatu perniagaan yang amat menguntungkan. Walaupun aktiviti perhambaan sememangnya sudah wujud dalam sejarah peradaban dunia, tidak pernah ada bangsa yang melakukannya dalam skala yang sedemikian besar seperti yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Eropah antara abad ke-16 hingga ke-19. Sepanjang tempoh tersebut, perdagangan hamba telah berkembang menjadi sebuah migrasi paksa yang terbesar dalam sejarah umat manusia.
Contents
Nota Penerbit
Pendahuluan
1. Permulaan Perhambaan Bangsa Afrika
2. Perdagangan Hamba
3. Penindasan terhadap Penduduk Asli Amerika
4. Restu Elizabeth I
5. Dari Pasar ke Pasar
6. Pelayaran Maut Merentasi Atlantik
7. Insurans Hamba
8. Cap Besi Panas
9. Kehidupan Baharu
10. Perdagangan Tiga Penjuru
11. Aku Ingin Menebus Diriku
12. Berlian Pitt
13. Orang Perancis yang Bertuah
14. Pesta Kebebasan
15. Istana Penrhyn
16. Kejatuhan South Sea Company
17. Deklarasi Kemerdekaan Amerika
Rujukan
Author(s)
Mahdi Mirkiai ialah seorang penulis dan pengkaji sastera yang mengkhususkan kepada kelompok remaja dan belia, lahir pada tahun 1973 di Tehran, Iran. Beliau berkelulusan dalam bidang sejarah dan melengkapkan PhD; sebelum dilantik sebagai pengajar di Allameh Tabataba’i University. Beliau terkenal dengan siri Sejarah Kolonialisme sebanyak 12 jilid yang memfokuskan kepada analisis dan penceritaan semula mengenai perjalanan dan pengembangan kuasa penjajahan di seluruh dunia yang telah menjarah negara-negara Selatan sejak abad ke-15. Kelebihan dan kekuatan utama beliau adalah keupayaannya untuk mencerakinkan kisah sejarah yang berfakta dalam bentuk penceritaan yang bersahaja, namun kekal setia dengan ketepatan analisis dan fakta akademiknya.
Izzati Ainaa (translator)



