Skip to content

Travelogue

Hadi, Hadi Anadolu

Paperback

Price
RM82.00
ISBN
9786299951896
Published
31 May 2025
Copyright
2025
Pages
xvi + 244
Size
16.5 x 32 cm
Imprint
Cerekayasa
Language
Malay

Overview

Hadi, Hadi Anadolu merupakan sebuah karya sastera perjalanan oleh Faisal Tehrani, yang menelusuri pencariannya di bumi Türkiye sekitar tahun 2004. Turut dimuatkan adalah retrospektif perjalanan tersebut kepada seorang Faisal Tehrani, setelah lebih daripada dua dekad ia berlalu. Di bumi Turkiye, Faisal Tehrani menemui fütüvvet, cinta dan kesakitan. Berselang puisi nan indah, pengalaman yang manis dan pahit, yang mencelik dan mengenyangkan, penulis menarik pembaca ke dalam pencariannya, menjejak turuti sama. Ya, kehilangan dan kesakitan boleh sahaja saling berbalas; saling bersilih ganti. Tetapi untuk penulis, Anadolu hanyalah gapura. Beliau kini, katanya, sudah meneroka jauh ke dalam kota—tidak lagi tercegat di gerbang.

Contents

1. Ürgüp, Kudakap Kau dalam Diam
2. Korban di Sofular
3. Retrospektif I
4. Mahmut, Secangkir Salep
5. Pertemuan di Menzil
6. Erciyes dalam Diam, Kebesaran Tuhan
7. Usah Kau Menangis, Türkiye
8. Menjulang Menara Langit Sivas
9. Mendaki Menara Gök Medrese
10. Retrospektif II
11. Recep, Menampung Banyak Kebaikan
12. Sejuk-sejuk Soğuksu
13. Matahari Edirne
14. Siku Ali Patah di Şeyh Üftade<
15. Bursa Nan Membusa di Hati
16. Hulu Senja di Uludağ
17. Kucing Montel di Masjid Biru
18. Perempuan-perempuan Johor dan Çavuşbaşi
19. Ramadan Berhias Baklava, juga … Zamzam
20. Emin, Ibrahim, Selim dan Mevlana Rumi
21. Datang, Aku Datang (Kepada Rumi)
22. Retrospektif III

Glosari

Author(s)

Faisal Tehrani

Faisal Tehrani (nama sebenarnya Mohd Faizal Musa) adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk (form) ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya. Antara novel-novel beliau yang diingati adalah 1515 (diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis dan diterbitkan oleh Les Indes savantes), The Professor dan The Koro Riots (kedua-duanya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Brigitte Bresson, dan masing-masingnya diterbitkan oleh Gerakbudaya dan Penguin).

Sebagai ahli akademik, sebahagian besar muatan tulisan ilmiahnya adalah mengenai hak asasi manusia dan wacana bukan arus perdana. Selain menulis esei dan novel, Faisal juga dikenali sebagai penulis drama dan filem. Faisal turut menghasilkan puisi tradisional panjang iaitu Syair Dukana Lubaba yang mengisahkan peristiwa berdarah pembunuhan keluarga Nabi Muhammad SAW di padang Karbala, Iraq.

Accessibility