Masharakat Chantek: Enigma Penyisihan OKU

Masharakat Chantek: Enigma Penyisihan OKU
Editions:Paperback (Malay) - Cetakan Pertama: RM 45.00 MYR
ISBN: 9789672640523
Size: 139.70 x 215.90 mm
Pages: 316

Apakah yang ‘cantik’ terhindar daripada segala kekurangan?

Masyarakat sering mendabik bahawa mereka begitu menyantuni OKU, beralas penyedap ‘istimewa’, ‘khas,’ ‘penuh inspirasi’. OKU yang gagal, digelar pemalas. 'Masharakat chantek' hanya mengkhayalkan OKU dalam kekurangupayaan dan berterusan mengabaikan ketidakupayaan sosial. Naskhah ini menzahirkan fikiran yang melangkaui zaman. Penulis merebut kembali wacana kekurangupayaan dan ketidakupayaan yang selama ini milik hegemoni 'masharakat chantek'. Naratif dominan OKU diogoh dalam jujukan kerangka popular dan akademia.

Di dada akhbar, seringkali pergelutan OKU melawan kepayahan menjadi objek syahwat khalayak tika mana mereka bertarung dalam nyanyi sunyi; tangan dan kaki terkebumi.

Dalam hembus derita mereka, kita khusyuk mendengung syurga.

—

MOHD ROSLI IBRAHIM (b. 1973 - ) aktif menulis di media sosial dan merupakan antara penggerak kesedaran isu-isu OKU dalam masyarakat di Malaysia. Beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Mobilisasi bagi menggerakkan OKU Bangkit 2012. Beliau turut terlibat dalam bengkel-bengkel Disability Equality Training (DET) di universiti dan jabatan kerajaan, serta Audit Akses di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Published:
Publisher: Soeloeh Merdeka
Editors:
Illustrators:
Cover Artists:
Genres:
Tags: