Sosiologi Rasuah: Sifat, Fungsi, Punca dan Pencegahan
Paperback
- Price
- RM25.00
- ISBN
- 9789672640578
- Published
- 31 January 2025
- Copyright
- 2025
- Pages
- xvii + 110
- Size
- 11.2 x 18.1 cm
- Imprint
- INTISARI
- Language
- Malay
Overview
Rasuah merupakan suatu fenomena yang serba rumit dan berleluasa, yang seringkalinya dikaitkan dengan perubahan sosial. Apakah rasuah perlu dikenal pasti sebagai suatu bentuk jenayah? Apakah ia merupakan suatu bentuk kebejatan yang kita perlu bertolak ansur dan biarkan?
Menggunakan pendekatan yang berlandaskan konteks, Alatas menolak banyak hipotesis yang menjelaskan kemenjadian rasuah. Beliau menekankan dengan tegas bahawa masalah ini hanya dapat difahami sekiranya konteks kemenjadian rasuah itu dianalisis dan faktor-faktor yang wujud dikaji untuk melihat hubung kait kepentingannya sama ada dalam menggalakkan atau mengekang rasuah.
Sebuah analisis yang sederhana, ilmiah dan tajam mengenai permasalahan rasuah, buku ini seharusnya membuka pandangan baharu dalam memahami dan mengawal masalah sosial yang mendesak ini.
Contents
Nota Penterjemah
Prakata (Edisi Terjemahan)
Prakata (Edisi Bahasa Inggeris)
1. Pengenalan
2. Sifat Rasuah
3. Fungsi Rasuah
4. Punca Rasuah
5. Pencegahan Rasuah
6. Kesimpulan
Glosari
Rujukan
Indeks
Author(s)
Syed Hussein Alatas lahir di Bogor pada tahun 1928, kemudiannya berpindah ke Johor Bahru untuk memulakan pendidikan awal, sebelum terpaksa pulang semula ke Jawa Barat sewaktu Perang Dunia Kedua. Di sana, beliau menyaksikan revolusi Indonesia dan pergerakan kemerdekaan, sebelum kembali ke Malaya untuk melengkapkan pendidikannya. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian di University of Amsterdam. Setelah memperoleh PhD (1963), beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau dilantik sebagai Profesor dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura pada tahun 1967, sebelum menjawat sebagai Naib Canselor di Universiti Malaya pada tahun 1988 sehingga 1991. Karya-karya beliau meliputi kritik wacana kolonial, sosiologi rasuah, pengajian kemodenan dan pembangunan, historiografi dunia Melayu dan pemikiran Islam. Hal yang mendasari semua karya beliau melibatkan permasalahan penjajahan intelektual, kemeruduman fungsi intelektual di negara-negara dunia ketiga, dan juga membangunkan kerangka pemikiran ilmu mandiri (autonomous knowledge).
Ahmad Tajuddin (translator)
Ahmad Tajuddin merupakan pendiri bersama Kawah Buku. Dilahirkan di Terengganu, beliau memperoleh pendidikan awal di negeri Pantai Timur itu sebelum melanjutkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2009. Beliau telah terlibat dalam beberapa projek terjemahan karya berbahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu bermula tahun 2019.





