Skip to content

Literature & Fiction

Cinta Hari-hari Rusuhan

Paperback

Price
RM38.00
ISBN
9786299401445
Published
30 May 2026
Copyright
2026
Pages
vi + 274
Size
13 x 19 cm
Imprint
Cerekayasa
Language
Malay

Overview

Cinta Hari-hari Rusuhan merupakan antara novel-novel awal karya Faisal Tehrani yang barangkalinya terinspirasi daripada kebangkitan gerakan mahasiswa era 70-an. Dalam gelora darah muda mahasiswa dekad 70-an, terbersit cinta antara anak pesawah dan gadis bangsawan di celah-celah laungan unjuk rasa—hanya untuk semua itu berakhir dengan pengkhianatan, air mata, kerusuhan dan perpisahan yang tragis. Semuanya semacam terurai, di London yang dingin. Helaian demi helaian diari kusam mencakar-cekau segalanya. Tentang sebuah cinta suci yang terkubur dek muslihat kuasa, tentang sebuah kebenaran yang menyakitkan. Apakah cinta di tengah rusuh itu ditakdir sirna, atau kekal menyala meski masa bergulir? Atau adakah cinta itu seerti derita?

Author(s)

Faisal Tehrani

Faisal Tehrani (nama sebenarnya Mohd Faizal Musa) adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk (form) ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya. Antara novel-novel beliau yang diingati adalah 1515 (diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis dan diterbitkan oleh Les Indes savantes), The Professor dan The Koro Riots (kedua-duanya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Brigitte Bresson, dan masing-masingnya diterbitkan oleh Gerakbudaya dan Penguin).

Sebagai ahli akademik, sebahagian besar muatan tulisan ilmiahnya adalah mengenai hak asasi manusia dan wacana bukan arus perdana. Selain menulis esei dan novel, Faisal juga dikenali sebagai penulis drama dan filem. Faisal turut menghasilkan puisi tradisional panjang iaitu Syair Dukana Lubaba yang mengisahkan peristiwa berdarah pembunuhan keluarga Nabi Muhammad SAW di padang Karbala, Iraq.

Accessibility