Tunggu Teduh Dulu
Paperback
- Price
- RM40.00
- ISBN
- 9786299536284
- Published
- 31 May 2025
- Copyright
- 2025
- Pages
- 744
- Size
- 12.5 x 19 cm
- Imprint
- Cerekayasa
- Language
- Malay
Overview
Tunggu Teduh Dulu mengisahkan Salsabila Fahim yang terperangkap antara pilihan untuk bercinta dalam hubungannya dengan manusia, dan cintanya pada Ilahi. Salsabila terpaksa memilih antara Lam dan Kamil, antara cinta dan rakan baiknya, antara diri atau keluarganya; disesah dengan himpitan demi himpitan membangunkan perniagaan ladangnya. Salsabila Fahim, “gadis yang lengkap macam pilihan dalam hadis Nabi,” demikian ujar ibu mentuanya. Bagaimana kesemua penderitaan itu berakhir? Apakah Salsabila justeru bertemu dengan apa yang didambainya?
Author(s)
Faisal Tehrani (nama sebenarnya Mohd Faizal Musa) adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk (form) ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya. Antara novel-novel beliau yang diingati adalah 1515 (diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis dan diterbitkan oleh Les Indes savantes), The Professor dan The Koro Riots (kedua-duanya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Brigitte Bresson, dan masing-masingnya diterbitkan oleh Gerakbudaya dan Penguin).
Sebagai ahli akademik, sebahagian besar muatan tulisan ilmiahnya adalah mengenai hak asasi manusia dan wacana bukan arus perdana. Selain menulis esei dan novel, Faisal juga dikenali sebagai penulis drama dan filem. Faisal turut menghasilkan puisi tradisional panjang iaitu Syair Dukana Lubaba yang mengisahkan peristiwa berdarah pembunuhan keluarga Nabi Muhammad SAW di padang Karbala, Iraq.





