Skip to content

Paperback

Price
RM46.00
ISBN
9786299951865
Published
31 May 2025
Copyright
2003
Pages
viii + 288
Size
13 x 19 cm
Imprint
Cerekayasa
Language
Malay

Overview

1515 memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002 untuk Kategori Novel Remaja. Sementelah lebih dua dekad dikelek pembaca, novel ini kembali untuk edisi dwidasa—Faisal Tehrani menulis sepuluh badihiyat mengenang akannya. Edisi ini serba istimewa, semacam memutar mesin masa kembali ke titik bagaimana semua ini bermula. Nyemah tidak mati, piutnya terus menggores namanya. 1515; dwidasa—ya, menggamit nostalgia.

Contents

1. Prolog
2. Siapa Nyemah Mulya
3. Feringgi Mengalahkan Melaka
4. Tegaknya A Famosa
5. Portugal Ditakluk
6. Tenggelamnya Bahtera Flor de la Mar
7. Sejarah Tun Nyemah Mulya
8. Epilog

ISTIMEWA
Laporan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002
Sepuluh Badihiyat 1515

Author(s)

Faisal Tehrani

Faisal Tehrani (nama sebenarnya Mohd Faizal Musa) adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk (form) ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya. Antara novel-novel beliau yang diingati adalah 1515 (diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis dan diterbitkan oleh Les Indes savantes), The Professor dan The Koro Riots (kedua-duanya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Brigitte Bresson, dan masing-masingnya diterbitkan oleh Gerakbudaya dan Penguin).

Sebagai ahli akademik, sebahagian besar muatan tulisan ilmiahnya adalah mengenai hak asasi manusia dan wacana bukan arus perdana. Selain menulis esei dan novel, Faisal juga dikenali sebagai penulis drama dan filem. Faisal turut menghasilkan puisi tradisional panjang iaitu Syair Dukana Lubaba yang mengisahkan peristiwa berdarah pembunuhan keluarga Nabi Muhammad SAW di padang Karbala, Iraq.

Praise

“…dari satu sudut yang lain, sejarah baharu ini juga adalah merupakan suatu penentangan ke atas wacana Barat ke atas Melaka menerusi manipulasi sejarah.” — Ghazali Taib dan Abdul Halim Ali, “Analisis Persejarahan Baharu dalam Novel 1515”, Jurnal Peradaban Melayu Jil. 13, 2018.

⁕

“…written in a ‘writerly’ fashion, the novel presents an intricate and complicated story with a complex discourse that is not easily comprehensible to many adults, let alone adolescents.” — Md. Salleh Yaapar, “The empire strikes back: Re-Writing Malay history and identity in Faisal Tehrani’s novel 1515”, Kunapipi, 32(1), 2010.

Accessibility