Skip to content

Society & Social Sciences

Manikam Budi: Yang Memerihalkan Kebijaksanaan Budaya Melayu

Paperback

Price
RM25.00
ISBN
9786299951841
Published
31 January 2025
Copyright
2025
Pages
x + 112
Size
11.2 x 18.1 cm
Imprint
INTISARI
Language
Malay

Overview

Kebalikan daripada budi itu tentulah badi. Justeru akal budi adalah ikhtiar yang baik untuk mencapai kesejahteraan masyarakat; keterbalikannya, yakni akal badi pula adalah ikhtiar yang buruk dan merupakan tipu daya. Syahdan, ini bermakna akal budi Melayu adalah perihal kecerdikan atau kebijaksanaan Melayu sementara akal badi Melayu adalah perihal tidak semenggahnya Melayu. Buku ini menyajikan kupasan yang segar mengenai akal budi Melayu dengan menyasarkan perkataan ‘bijak’. Pantun dan metafora lain seperti peribahasa telah dijadikan sandaran pembuktian kehebatan kebijaksanaan Melayu ini. Akal budi melawan akal badi boleh dijadikan asas pertimbangan bagaimana untuk berkelakuan dengan baik melawan sebarang bentuk penipuan yang membawa kepada kemudaratan.

Contents

Prakata

1. Pengenalan
2. Akal Badi Melayu
3. Kearifan Tempatan dan Gastronomi
4. Kearifan Tempatan dan Hak Asasi
5. Kearifan Tempatan dan Kesenian
6. Rumusnya pada Bahasa

Bibliografi
Indeks

Author(s)

Faisal Tehrani

Faisal Tehrani (nama sebenarnya Mohd Faizal Musa) adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk (form) ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya. Antara novel-novel beliau yang diingati adalah 1515 (diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis dan diterbitkan oleh Les Indes savantes), The Professor dan The Koro Riots (kedua-duanya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Brigitte Bresson, dan masing-masingnya diterbitkan oleh Gerakbudaya dan Penguin).

Sebagai ahli akademik, sebahagian besar muatan tulisan ilmiahnya adalah mengenai hak asasi manusia dan wacana bukan arus perdana. Selain menulis esei dan novel, Faisal juga dikenali sebagai penulis drama dan filem. Faisal turut menghasilkan puisi tradisional panjang iaitu Syair Dukana Lubaba yang mengisahkan peristiwa berdarah pembunuhan keluarga Nabi Muhammad SAW di padang Karbala, Iraq.

Praise

Value

Accessibility