Skip to content

Overview

Ceritera futuristik manusia menentang mesin. Sebuah fiksyen sains fantasi air tangan Faisal Tehrani. Perjuangan seorang saintis memperbetulkan kesilapan lampaunya lantas bangkit menentang suatu percubaan mensanitasi sejarah oleh empayar pimpinan sang kapitalis, dengan dibantu oleh leluhurnya dari masa hadapan yang merentas jagat. Penuh simpang siur dalam nuansa kecerdasan buatan; atau apakah ia sebetulnya ‘kebuasan’ buatan?

Garis antarjagat kini bersimpul dan bertembung antara satu sama lain, menagih bukan hanya perhatian pembaca, bahkan hampir perlu menjadi seorang arkeologis demi menggali dan mengutip naratif yang bertaburan sepanjang maraton rentas jagat paling epik.

Apakah pada hujungnya, misi sang saintis itu tertebus dan lunas? Apakah leluhurnya berjaya menyelamatkan memori dan trauma yang cuba dipadam oleh empayar Baal?

Author(s)

Faisal Tehrani

Faisal Tehrani (nama sebenarnya Mohd Faizal Musa) adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk (form) ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya. Antara novel-novel beliau yang diingati adalah 1515 (diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis dan diterbitkan oleh Les Indes savantes), The Professor dan The Koro Riots (kedua-duanya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Brigitte Bresson, dan masing-masingnya diterbitkan oleh Gerakbudaya dan Penguin).

Sebagai ahli akademik, sebahagian besar muatan tulisan ilmiahnya adalah mengenai hak asasi manusia dan wacana bukan arus perdana. Selain menulis esei dan novel, Faisal juga dikenali sebagai penulis drama dan filem. Faisal turut menghasilkan puisi tradisional panjang iaitu Syair Dukana Lubaba yang mengisahkan peristiwa berdarah pembunuhan keluarga Nabi Muhammad SAW di padang Karbala, Iraq.

Accessibility