Skip to content

Literature & Fiction

Tumbuh Menjadi Pohon Sakura

Paperback

Price
RM38.00
ISBN
9789672640592
Published
25 May 2024
Copyright
2024
Pages
xvii + 218
Size
13 x 19 cm
Imprint
Cerekayasa
Language
Malay

Overview

Tumbuh Menjadi Pohon Sakura merupakan sebuah kumpulan cerpen karya Nur Adilla, yang menghimpunkan 15 buah cerpen, buat pertama kalinya dibentuk menjadi sebuah buku pertama penulis. Cerita tumbuh di jalan-jalan kehidupan yang tirus dan menikung. Ia tumbuh lalu menjelma kembang sakura yang meneduh dan penuh keinginan. Ingatan menjadi warisan untuk diabadikan, maka terhimpun sejumlah cerpen yang menawarkan kisah yang diiringi debu-debuan, kehilangan, kelukaan, kemesraan, dan silangkait anutan dan kemanusiaan—berumbi daripada budaya dan pengalaman. Semua cerpennya membunga dengan rencam, mencermin realiti kepengarangannya.

Contents

Nota Penyunting
Prakata

1. Bapak Mati Bunuh Diri
2. Saudade
3. Cik Nour
4. Pisau Siang Ikan
5. Ke Lautan Cinta
6. Setelah Mencintai Tiga Lelaki, Saya Memilih Suami
7. Amna Machiavelli
8. Fazri Fansuri
9. Parlimen
10. Renek-renek Hujan
11. Surat untuk Nurteja
12. Surat untuk Nuraiyshah
13. Yang Teristimewa
14. Kala Hujan Ini
15. Kematian Tumbuh menjadi Pohon Sakura

Di Se-balik Cerita

Author(s)

Nur Adilla

Nur Adilla, penulis berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Adilla merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik dan Undang-Undang, Kemasyarakatan & Keadilan di University of Washington, Seattle, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pengajian Gender di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Rencam kerjayanya dalam sektor polisi dan dasar awam, organisasi nirlaba antarabangsa, korporat dan sebagai diplomat memperkaya latar cerita dan tulisan terbarunya. Merupakan mantan Minggu Penulis Remaja 2009, Nur Adilla pernah mewakili Malaysia ke Bengkel Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) bagi kategori cerpen. Tulisannya pernah tersiar di pelbagai media seperti Dewan Sastera, Dewan Budaya, Tunas Cipta, Utusan Malaysia, Berita Harian dan majalah dan portal budaya & sastera di Brunei, Singapura dan Jepun.

Adilla juga pernah memenangi beberapa anugerah sastera seperti Anugerah Sastera Negeri Pulau Pinang (Kategori Cerpen), Cerpen Terbaik Malaysia anjuran FIXI & Pesta Buku Putrajaya dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU). Terbaharu, dia dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Harapan Negeri Pulau Pinang 2023. Adilla baru sahaja memulakan pengajian Doktor Falsafah di Universiti Waseda dan kini menetap di Tokyo, Jepun.

Accessibility